CINTA ABADI
Bermulanya pertemuan antara kau dan aku
Jantungku berdegup kencang bagai dipalu
Mataku tidak lepas dari wajahmu
Ku intai setiap gerak gerimu
Raut wajahmu, percakapanmu, dan personalitimu menawan hatiku yang sedang lara
Aku jatuh cinta buat kesekian kalinya
Namun aku pendamkan hasrat hatiku
Kerana kau milik orang
Setiap hari aku hanya mampu melihatmu dari jauh
Bagai bintang nun jauh di angkasa yang hanya mampu di pandang
Aku terpesona dengan kejelitaanmu, personalitimu
Keindahan ciptaanNya
Aku bersyukur kerana Dia mendengar segala isi hati kecilku
Ntah bagaimana aku mula didekatkan denganmu
Aku diberi peluang untuk berinteraksi denganmu
Menikmati keindahan ciptaan Ilahi dengan lebih dekat
Kejelitaanmu, personalitimu dan kebijaksanaanmu membuat aku merasakan secebis kebahagiaan
Kehadiranmu merupakan sebuah sinar harapan yang baru buatku
Kau merupakan tempat untukku meluahkan kasih sayangku
Aku selesa untuk menjadi diriku setiap adanya dirimu
Kemanjaanmu mengubati diriku
Kehangatan pandanganmu menenangkanku
Aku terpesona dengan keindahan ciptaanNya
Dirimu yang sentiasa memberikan kata-kata hikmah
Mengajakku ke jalan yang diredhai
Hatiku sayu
Aku mula berfikir
Adakah Dia menghantarmu untuk menarikku kembali kejalanNya
Adakah dirimu merupakan kekuatan untuk aku kembali
Aku sujud kehadratNya dikala hanyut dilautan
Ku pinta petunjuk dariNya
Dan aku yakin denganNya
Ya Allah
Golongkanlah kami didalam golongan yang Engkau redhai
Panjangkanlah jodoh kami
Berkatilah hidup kami
Bahagiakanlah kami
Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang soleh dan solehah
Janganlah Engkau pesongkan kami
Jadikanlah kami orang-orang yang Kau cintai
Aku pasrah kehadratNya
Aku berharap segalanya hanyalah dugaan buat sementara
Demi mengukuhkan hubungan kau dan aku
Kerana sesungguhnya aku sangat memerlukan kehadiranmu sebagai kekuatan buat diriku
Dalam mengharungi dunia yang penuh liku
Ku harap cinta ini adalah cinta yang abadi
Yang akan membawa kita kesyurgaNya